Sunday, June 6, 2010

TRIMESTER KETIGA

KETIKA INI PERUT MULAI MEMBESAR.CUMA PADA KALI INI, SUAMI SERTA IBU MENGATAKAN BAHAWA PERUT SAYA TIDAK BEGITU BESAR.ERMMMM...ENTAHLAH.APA YANG SAYA RASAKAN IALAH SAYA KURANG MENGAH,KURANG MAKAN NASI,ADAKALA TIDAK MERASA LAPAR.SENANG CERITA MEMILIH TERMASUK PADA UBAT-UBATAN.
SAYA MERASA LOYA MELIHAT PADA UBATAn yang berbentuk pil. boleh dibilang berapa kali ssya makan salindah tika ini.apabila menyedari kelemahan itu,saya beralih pada neurogain yang doktor berikan.easy to swallow.bentuk kapsul,lembut.saya akan menjalani pembedahan pada 15 haribulan.tak lama lagi.bagi menghilangkan kerisauan serta hati yang berdebar,saya isi dengan mencari maklumat tentang kelahiran,penjgaan dalam pantang,kraftangan atau apa saja yang boleh membuatkan saya terlupa tentang hari yang dinanti-nanti.
suami juga risau.tapi dia dengan caranya yang tersediri.lelaki....lebih tabah.adakalanya kami turut berbincang tentang kelahiran yang bakal tiba.saya masih belum membuat keputusan sama ada untuk terus ikat atau tidak.walhal sebelum ini saya sudah membuat keputusan.
saya merasa demoralize bila orang luar bertanya tentang BTL.entahlah,banyak lagi yang belum diceritakan.suami juga tidak menggalakkan jika saya btl.
ini adalh anak kelima yang bakal lahir.padahal anak keempat baru je berumur setahun 2 bulan.kali ini rapat pulak. padahal bukan main susah nak dapat anak.Yang tua darjah empat,kedua darjah dua,ketiga empat tahun. satu dan dua lelaki,tiga dan empat permpuan.
Biasanya pada waktu ini isteri memerlukan perhatian yang semacam dari suami.adakalanya,permintaan yang tidak munasabah yang diminta.si suami juga turut berubah.sama sama perlukan perhatian,lebih sensitif,mudah sekali terasa.bezanya,isteri mudah mengeluarkan air mata.tambahan pula bila dia merasa kelemahan diri waktu ini.yelah,dengan berat badan mencecah 82kg,sudah tentu pergerakan terbatas.pastu ada history patella dislocation,PID ortho mennyebabkan mudah jatuh secara tiba2 tidak seperti wanita lain yang mengandung.mereka bebas bergerak.saya sering merasa betapa lemahnya diri,tidak seperti mereka yang lain.
walau apapun yang terjadi,saya memanjat kesykuran.seburuk2 dan selemah2 saya,saya masih dikelilingi oleh suami,anak2,serta keluarga tercinta.saya tetap menyayangi mereka walau apapun yang terjadi.bagi saya merekalah kekuatan saya.janganlah kami dipisahkan lagi.cukuplah dengan apa yang saya perolehi sekarang.tuntutan ilmu memisahkan kami dahulu.saya tidak ingin lagi apa2 tuntutan yang perlu membuatkan kami terpisah.....
saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang ada....kerana saya percaya ada lagi org lain yang lebih malang nasibnya.
nampaknya saya telah jauh menyimpang.maaf,terlalu beremosi...
iarlah saya berhenti dulu.kita berjumpa lagi dilain waktu,InsyaAllah....

Monday, May 24, 2010

TRIMESTER KEDUA HAMIL (3-6 bulan)

Ketika ini saya lebih selesa seperti keadaan normal.Mula aktif dan bersemangat.Cuma, pakaian tidak lagi sesuai kerana mula kelihatan pada perubahan fizikal terutama bahagian pinggul,payudara,badan berisi.Dari size m bertukar ke size xl pada akhir bulan hamil.Simpan je dulu pakaian biasa.lepas pantang boleh guna.itupun jika dapat jaga betul2 semasa pantang.Sebab tu dalam pantang kena jaga badan betul2.jangan ngelat makan ubat doktor atau kampung.Dua2 ada kebaikan.nanti kita cerita lebih lanjut lagi tentang perkara ini.Suami kita pun rasa selesa bila tengok trimester kedua dah ok.yelah kita tak sihat,rumahtangga pun kelam kabut gak.lainlah kalau ada yang membantu.bahagian ni tak banyak sangat info yang boleh dikongsi.

PENGALAMAN DI AWAL KEHAMILAN( 3 bulan pertama)

Awal trimester pertama(3 bulan pertama hamil),saya rasa sungguh lama kerana mengalami alahan yang teruk. Ubat yang doktor berikan tidak memberi apa-apa kesan.Sehinggakan saya merasa betul-betul tidak selesa kerana mengandung.Muntah teruk hingga tiada apa yang nak keluar lagi,pening kepala,tak tahan pada sebarang bau.dari wangi jadi busuk.badan terlalu lemah kerana tidak dapat minum walau seteguk air kosong apatah lagi makan.Saya pun dah tak ingat berapa kali dimasukkan ke wad dan berapa kali saya tidak bekerja.pengalaman yang sungguh menyiksakan.

Waktu inilah kita perlukan sokongan moral daripada sidia.diharapkan sidia memahami keadaan pasangan kerana tidak ada orang yang mahu menjadi begitu.Alhamdullillah,suami saya amat memahami keaadaan saya.

Cuma,macammana kita nak jawab pada orang lain bila mereka kata orang lain mengandung ok je.takde pun macam ni?kita yang baru pertama kali mengandung pun belum ada pengalaman memang payah untuk dijawab.sebenarnya ia bergantung kepada hormon,keturunan atau pengaruh persekitaran.Mungkin kita boleh bertanya kepada ibu kita sendiri atau mak mentua pengalaman mereka.kadangkala tidak jauh bezanya.Ingatlah, benih yang dikandung itu adalah daripada dua keturunan yang menjadi telah bersatu.

Pengalaman alahan mengandung juga berbeza bagi tiap anak.Jangan fikir kita rasa lepas nie boleh hadapi kelemahan sebelum ni.Allah Maha Agung. Dia akan menguji kita dari pelbagai sudut.Bagi yang kurang sabar, boleh menyebabkan hubungan suami isteri renggqang.Malah lebih teruk ada yang bercerai.Nauzubillah...

Sebagai perempuan juga kita merasa kelemahan diri bila kita tidak dapat mengatasi masalah ini.mula merasa iri pada wanita lain yang langsung tidak mengalami apa2 masalah pada diri mereka.tapi, pengalaman saya mereka diuji dari sudut lain pula.Seperti yang saya katakan tadi,Allah Maha Agung. Disinilah timbul keinsafan diri dan bersyukur walaupun diuji sedemikian.

Satu perkara yang saya selalu ingat bagi muhasabah diri.Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu mengatasinya.percayalah,jika kita berjaya, kita akan lebih bersyukur dan insaf kerana tidak semua orang diuji dengan ujian yang sama.

Monday, May 17, 2010

SET BERSALIN JAMU MAK DARA

Set lengkap ini digunakan selama 44 hari di dalam pantang yang merangkumi


1) Jamu Mak Dara(JMD)Serbuk (sekotak)
- membuang toksik dalam badan
- menyuburkan dan menyihatkan rahim
- mengatasi masalah keputihan
- melancarkan darah
- membantu merapatkan faraj
- memulihkan kitaran haid
- mengembalikan tenaga
- membuang angin dan membakar lemak
- memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing

2) JMD Kapsul (2 botol)
- sama fungsi dengan serbuk cuma ia lebih mudah dimakan

3) Losyen param Ibu Halimah
- caranya disapu seluruh badan pada lengan,dada,bahagiam pinggang ke pergelangan
kaki selepas mandi
- dapat menstabilkan suhu badan
- menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang

4) Pilis
- caranya digunakan di dahi dan ubun-ubun
- dapat menghilangkan rasa pening semasa berpantang
- mengelakkan dari ibu-ibu bersalin gelap mata

5) Bedak Sejuk
- menghilangkan ruam dan tanda hitam akibat mengandung
- sapu di leher dan muka, dibiar seketika agar meresap ke kulit
- penggunaan yang berterusan dapat menjadikan kulit kita bersih dan halus

6) Rempah mandi
- menghangatkan dan mengekalkan kehangatan tubuh
- menyingkirkan sel-sel kulit mati
- menghilangkan bau badan
- tubuh menjadi segar dan sihat selepas mati

7) Tungku Kukus Herba
- melegakan sengal-sengal
- memecahkan lemak-lemak
- ibu akan kelihatan langsing selepas pantang

8) Bengkung
- mengecilkan semula perut
- mengembalikan kepada bentuk badan asal
- mendapat semula bentuk pinggul

PENGGUNAAN MENGIKUT TURUTAN DARI MULA SAMPAI AKHIR SETIAP HARI SELAMA 44 HARI: JAMU MAK DARA-REMPAH MANDI-PILIS-LOSYEN PARAM-BERURUT-BERTUNGKU-MEMAKAI BENGKUNG-BEDAK SEJUK.

HARGA:RM 350
PERTANYAAN: HUBUNGI kamarinababe@yahoo.com.my