Monday, May 24, 2010

PENGALAMAN DI AWAL KEHAMILAN( 3 bulan pertama)

Awal trimester pertama(3 bulan pertama hamil),saya rasa sungguh lama kerana mengalami alahan yang teruk. Ubat yang doktor berikan tidak memberi apa-apa kesan.Sehinggakan saya merasa betul-betul tidak selesa kerana mengandung.Muntah teruk hingga tiada apa yang nak keluar lagi,pening kepala,tak tahan pada sebarang bau.dari wangi jadi busuk.badan terlalu lemah kerana tidak dapat minum walau seteguk air kosong apatah lagi makan.Saya pun dah tak ingat berapa kali dimasukkan ke wad dan berapa kali saya tidak bekerja.pengalaman yang sungguh menyiksakan.

Waktu inilah kita perlukan sokongan moral daripada sidia.diharapkan sidia memahami keadaan pasangan kerana tidak ada orang yang mahu menjadi begitu.Alhamdullillah,suami saya amat memahami keaadaan saya.

Cuma,macammana kita nak jawab pada orang lain bila mereka kata orang lain mengandung ok je.takde pun macam ni?kita yang baru pertama kali mengandung pun belum ada pengalaman memang payah untuk dijawab.sebenarnya ia bergantung kepada hormon,keturunan atau pengaruh persekitaran.Mungkin kita boleh bertanya kepada ibu kita sendiri atau mak mentua pengalaman mereka.kadangkala tidak jauh bezanya.Ingatlah, benih yang dikandung itu adalah daripada dua keturunan yang menjadi telah bersatu.

Pengalaman alahan mengandung juga berbeza bagi tiap anak.Jangan fikir kita rasa lepas nie boleh hadapi kelemahan sebelum ni.Allah Maha Agung. Dia akan menguji kita dari pelbagai sudut.Bagi yang kurang sabar, boleh menyebabkan hubungan suami isteri renggqang.Malah lebih teruk ada yang bercerai.Nauzubillah...

Sebagai perempuan juga kita merasa kelemahan diri bila kita tidak dapat mengatasi masalah ini.mula merasa iri pada wanita lain yang langsung tidak mengalami apa2 masalah pada diri mereka.tapi, pengalaman saya mereka diuji dari sudut lain pula.Seperti yang saya katakan tadi,Allah Maha Agung. Disinilah timbul keinsafan diri dan bersyukur walaupun diuji sedemikian.

Satu perkara yang saya selalu ingat bagi muhasabah diri.Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu mengatasinya.percayalah,jika kita berjaya, kita akan lebih bersyukur dan insaf kerana tidak semua orang diuji dengan ujian yang sama.

No comments:

Post a Comment