Monday, May 24, 2010

TRIMESTER KEDUA HAMIL (3-6 bulan)

Ketika ini saya lebih selesa seperti keadaan normal.Mula aktif dan bersemangat.Cuma, pakaian tidak lagi sesuai kerana mula kelihatan pada perubahan fizikal terutama bahagian pinggul,payudara,badan berisi.Dari size m bertukar ke size xl pada akhir bulan hamil.Simpan je dulu pakaian biasa.lepas pantang boleh guna.itupun jika dapat jaga betul2 semasa pantang.Sebab tu dalam pantang kena jaga badan betul2.jangan ngelat makan ubat doktor atau kampung.Dua2 ada kebaikan.nanti kita cerita lebih lanjut lagi tentang perkara ini.Suami kita pun rasa selesa bila tengok trimester kedua dah ok.yelah kita tak sihat,rumahtangga pun kelam kabut gak.lainlah kalau ada yang membantu.bahagian ni tak banyak sangat info yang boleh dikongsi.

PENGALAMAN DI AWAL KEHAMILAN( 3 bulan pertama)

Awal trimester pertama(3 bulan pertama hamil),saya rasa sungguh lama kerana mengalami alahan yang teruk. Ubat yang doktor berikan tidak memberi apa-apa kesan.Sehinggakan saya merasa betul-betul tidak selesa kerana mengandung.Muntah teruk hingga tiada apa yang nak keluar lagi,pening kepala,tak tahan pada sebarang bau.dari wangi jadi busuk.badan terlalu lemah kerana tidak dapat minum walau seteguk air kosong apatah lagi makan.Saya pun dah tak ingat berapa kali dimasukkan ke wad dan berapa kali saya tidak bekerja.pengalaman yang sungguh menyiksakan.

Waktu inilah kita perlukan sokongan moral daripada sidia.diharapkan sidia memahami keadaan pasangan kerana tidak ada orang yang mahu menjadi begitu.Alhamdullillah,suami saya amat memahami keaadaan saya.

Cuma,macammana kita nak jawab pada orang lain bila mereka kata orang lain mengandung ok je.takde pun macam ni?kita yang baru pertama kali mengandung pun belum ada pengalaman memang payah untuk dijawab.sebenarnya ia bergantung kepada hormon,keturunan atau pengaruh persekitaran.Mungkin kita boleh bertanya kepada ibu kita sendiri atau mak mentua pengalaman mereka.kadangkala tidak jauh bezanya.Ingatlah, benih yang dikandung itu adalah daripada dua keturunan yang menjadi telah bersatu.

Pengalaman alahan mengandung juga berbeza bagi tiap anak.Jangan fikir kita rasa lepas nie boleh hadapi kelemahan sebelum ni.Allah Maha Agung. Dia akan menguji kita dari pelbagai sudut.Bagi yang kurang sabar, boleh menyebabkan hubungan suami isteri renggqang.Malah lebih teruk ada yang bercerai.Nauzubillah...

Sebagai perempuan juga kita merasa kelemahan diri bila kita tidak dapat mengatasi masalah ini.mula merasa iri pada wanita lain yang langsung tidak mengalami apa2 masalah pada diri mereka.tapi, pengalaman saya mereka diuji dari sudut lain pula.Seperti yang saya katakan tadi,Allah Maha Agung. Disinilah timbul keinsafan diri dan bersyukur walaupun diuji sedemikian.

Satu perkara yang saya selalu ingat bagi muhasabah diri.Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu mengatasinya.percayalah,jika kita berjaya, kita akan lebih bersyukur dan insaf kerana tidak semua orang diuji dengan ujian yang sama.

Monday, May 17, 2010

SET BERSALIN JAMU MAK DARA

Set lengkap ini digunakan selama 44 hari di dalam pantang yang merangkumi


1) Jamu Mak Dara(JMD)Serbuk (sekotak)
- membuang toksik dalam badan
- menyuburkan dan menyihatkan rahim
- mengatasi masalah keputihan
- melancarkan darah
- membantu merapatkan faraj
- memulihkan kitaran haid
- mengembalikan tenaga
- membuang angin dan membakar lemak
- memperkemaskan tubuh agar kelihatan langsing

2) JMD Kapsul (2 botol)
- sama fungsi dengan serbuk cuma ia lebih mudah dimakan

3) Losyen param Ibu Halimah
- caranya disapu seluruh badan pada lengan,dada,bahagiam pinggang ke pergelangan
kaki selepas mandi
- dapat menstabilkan suhu badan
- menghilangkan rasa kebas dan sejuk ketika berpantang

4) Pilis
- caranya digunakan di dahi dan ubun-ubun
- dapat menghilangkan rasa pening semasa berpantang
- mengelakkan dari ibu-ibu bersalin gelap mata

5) Bedak Sejuk
- menghilangkan ruam dan tanda hitam akibat mengandung
- sapu di leher dan muka, dibiar seketika agar meresap ke kulit
- penggunaan yang berterusan dapat menjadikan kulit kita bersih dan halus

6) Rempah mandi
- menghangatkan dan mengekalkan kehangatan tubuh
- menyingkirkan sel-sel kulit mati
- menghilangkan bau badan
- tubuh menjadi segar dan sihat selepas mati

7) Tungku Kukus Herba
- melegakan sengal-sengal
- memecahkan lemak-lemak
- ibu akan kelihatan langsing selepas pantang

8) Bengkung
- mengecilkan semula perut
- mengembalikan kepada bentuk badan asal
- mendapat semula bentuk pinggul

PENGGUNAAN MENGIKUT TURUTAN DARI MULA SAMPAI AKHIR SETIAP HARI SELAMA 44 HARI: JAMU MAK DARA-REMPAH MANDI-PILIS-LOSYEN PARAM-BERURUT-BERTUNGKU-MEMAKAI BENGKUNG-BEDAK SEJUK.

HARGA:RM 350
PERTANYAAN: HUBUNGI kamarinababe@yahoo.com.my